Wednesday, August 29, 2007

Tentang Saya...

Salam Sejahtera semua, nama saya Mohammad Shahidin Bin Ayim atau lebih digenali sebagai din. Saya dilahirkan pada tahun 1990 dan tinggal di daerah Jurong. Hobbi saya banyak tetapi hobbi yang paling saya gemari ialah berenang, berlari-lari anak, bermain batminton, pergi ke gymnasium dan bermain bola sepak. Dari sini tentu anda boleh menjangkakan bahawa saya seorang yang aktif dalam bidang sukan ya jangkaan anda betul... kerana saya minat dalam perbagai-bagai sukan. Bagi diri saya, sukan boleh membuat seseorang itu menurunkan berat badan mereka dari segi kolesterol. Sebab itu lah saya gemar dalam bidang sukan.

Anda mesti ingin tahu jika saya suka bermain bola sepak siapakah pasukan kegemaran saya. Pasukan kegemaran saya ialah "Manchester United" kerana saya kagum dengan pemain-pemainnya yang mempunyai potensi pada umur yang muda. Selain daripada itu saya minat dengan pemain pertahanannya yang bernama "Rio Ferdinand" kerana bagi saya dia lah pertahan yang paling terhandal. Saya berharap bahawa pada suatu masa nanti saya dapat menggantikan tempat dia.

Saya bersekolah di sekolah menengah Shuqun dan tahun ini adalah tahun yang terakhir buat diri saya. Setiap orang mesti tertanya-tanya di dalam diri mereka adakah saya akan rindu kepada sekolah apabila saya tamat persekolahan?? jawapannya mudah sekali Tidak!!! bagi diri saya apabila tamat persekolahan, saya ingin membuka lembaran baru dan kalau boleh saya ingin melupakan kenangan-kenanagan pahit yang telah saya mengalami selama lima tahun di sekolah. Tetapi saya juga akan membawa kenangan-kenangan manis iaitu masa yang telah saya luangkan bersama rakan-rakan dan juga guru-guru.

Setelah tamat persekolah, mungkin saya akan mengabil kerja sambilan semasa menunggu keputusan GCE 'O' level. Hingga kini, saya masih belum lagi membuat keputusan sama ada ingin ke Polyteknik atau ke Maktab rendah. Setiap kali apabila saya memikirkan tentang hal ini, saya dapat mendengar hati saya akan berbisik-bisik di dalam dan mengatakan bahawa kehidupan di Maktab rendah amat mencabar dan Polyteknik amat sesuai untuk diri saya dan kadang-kalah hati saya akan berbisik-bisik dan mengatakan bahawa ada baiknya jika saya masuk ke Maktab rendah jika berminat dan apa gunanya jika masuk ke polyteknik tanpa berminat. Fikiran saya runsing memikirkan tentang hal ini. Walau apapun, saya akan membuat keputusan setelah menerima keputusan GCE'O' level saya.

Cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang doktor yang pakar. Saya tahu bahawa cita-cita saya itu tinggi dan untuk saya mencapainya agak lama. Selain daripada itu, guru saya telah memberi tahu bahawa beliau dulu pernah ingin menjadi seorang doktor tetapi malang beliau meninggalkan pekerjaan itu. katanya, hendak menjadi seorang doktor bukannya senang kita harus mengetahui mata pelajaran Matematik dan Sains dengan lebih mendalam dan sebab itulah beliau meninggalkan pekerjaan ini. Setelah mendengar kata-kata daripadanya, saya berasa terharu. Tetapi ada sesuatu yang membangunkan semangat saya setelah mendengar katanya yang masih didengari dikelompak telenga saya iaitu "awak harus mempunyai yakin di dalam diri dengan itu cita-cita anda akan menjadi kenyataan insyallah."

Pada hujung minggu, saya suka menonton wayang bersama rakan-rakan kerana setelah seminggu bersekolah inilah masanya untuk saya bersuka-ria bersama rakan-rakan sambil menenangkan fikiran. Selain daripada menonton wayang, saya juga akan menghabiskan masa saya dengan menonton televisyen di rumah dan bermain komputer.


Sampai disini sahaja yang dapat saya sampaikan tentang diri saya, saya berharap agar anda dapat gambaran yang jelas tentang diri saya. Hingga kita berjuma lagi sekelian terima kasih...